Peraturan

Semua murid dimestikan mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak sekolah dan peraturan tambahan prasekolah.

KEHADIRAN

  1. Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan.
  2. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/penyelaras/pihak sekolah. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
  3. Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjamgkit.

PAKAIAN

  1. Murid hendaklah memakai uniform yang telah dibekalkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan atau aksesori sepanjang persekolahan.
  3. Murid hendaklah memakai kasut sekolah serta stoking.
  4. Murid perempuan dibenarkan memakai tudung berwarna putih.

MAKANAN DAN MINUMAN

  1. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah sepanjang murid berada di prasekolah.
  2. Murid tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman kecuali air kosong.
  3. Ibubapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak mereka alah kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama.

Advertisements